Pengguna Galaxy S2? Sudahkah Naik Taraf Ke Android 4.1.2 Jelly Bean?

Pengguna Galaxy S2? Sudahkah Naik Taraf Ke Android 4.1.2 Jelly Bean?

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Bagi para pengguna yang menggunakan peranti Galaxy S2, pihak Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.1.2 Jelly Bean bermula penghujung minggu lepas, membolehkan anda menaik-taraf platform operasi anda dan menggunakan beberapa fungsi yang didatangkan bersama.

Galaxy S2 - Jelly Bean

Melalui kemaskini ini, selain daripada sokongan Google Now dan sistem operasi yang lebih lancar, pihak Samsung juga turut sama membawakan beberapa, sokongan kamera yang lebih baik dan beberapa penambahan yang lain. Samsung juga dilihat membuang sokongan Social Hub pada Galaxy S2 disebabkan masalah keserasian dengan peranti tersebut.

Bagi para pengguna tempatan yang masih belum menaik-taraf sistem operasi mereka, boleh menyemak pada peranti anda ataupun memuat-turun fail bersaiz sekitar 416MB ini melalui Kies, dan memulakan proses menaik-taraf Galaxy S2 anda.


TIPS & ULASAN