Cari @ Amanz

Kemaskini Android 4.2.2 Jelly Bean Untuk HTC One Akan Datang Pada Pertengahan Jun?

Oleh Aman

Link Copied!

Ramai pengguna HTC One yang sedang menantikan kemaskini Android 4.2 Jelly Bean, apatah lagi dengan pengumuman pihak Google untuk hadir dengan HTC One versi “Nexus”. Kini, mengikut laporan baru, kemaskini ini dijangka akan hadir sekitar pertengahan Jun ini.

Melalui kemaskini Android 4.2, antara perkara yang dibawakan adalah termasuk sokongan akses pantas untuk tetapan, kebolehan menetapkan widget pada lockscreen, paparan peratusan bateri pada status bar, dan juga kemaskini pada BlinkFeed dan beberapa yang lain.

Walaupun pihak HTC memperkenalkan ia pada pertengahan Jun ini, namun ia masih tidak diketahui bilakah akan boleh dimuat-turun oleh para pengguna tempatan, memandangkan ianya biasa diperkenalkan secara berperingkat.


Komen ()