Sering kali kita mendengar Samsung meniru paten Apple, dan tewas di mahkamah. Tetapi, sebaliknya berlaku hari ini apabila kini pihak ITC mengumumkan pihak Apple telah melanggar beberapa paten Samsung, sekaligus menghalang beberapa model iPhone diimport di Amerika Syarikat.
Model yang terkesan dengan perkara ini adalah iPhone 4, iPhone 3GS, 3G, iPad 3G, dan juga iPad 2 3G versi model AT&T.
Daripada apa yang dikatakan pihak Samsung, Apple dikatakan menggunakan salah satu paten data selular pada peranti mereka. Walaubagaimanapun, model-model peranti baru Apple tidak menggunakan teknologi tersebut, sekaligus bebas daripada halangan terhad ini.
Apple dikatakan akan memohon rayuan untuk keputusan ini. Seperti biasa, perkara ini tidak memberikan kesan kepada jualan peranti Apple di rantau ini.