Carian
Apple Memperkenalkan Kemaskini OS X 10.8.4
June 5, 2013 Aman

Dengan seminggu lagi sebelum WWDC, hari ini pihak Apple telah mengeluarkan kemaskini sistem operasi mereka yang terbaru, iaitu OS X 10.8.4, sekaligus membawakan beberapa penambah-baikkan pada sistem operasi mereka.

OS X 10.8 Mountain Lion

Melalui kemaskini 10.8.4, pihak Apple membawakan peningkatan kepada sekuriti dan kestabilan sistem operasi tersebut, disamping turut membawakan penambah-baikkan kepada rangkaian WiFi, menyertakan Safari 6.0.5, dan beberapa yang lain.

Para pengguna komputer OS X, boleh menaik-taraf sistem operasi anda dengan klik pada menu Apple, dan kemudiannya memilih Software Update.

Komen