Sony sedia menawarkan komputer riba yang membawakan rekabentuk boleh slide dalam variasi 11-inci melalui Sony VAIO Duo 11. Terkini, hari ini pihak Sony turut sama mengumumkan variasi 13-inci untuk peranti tersebut dengan beberapa penambahan menarik.
Berbanding versi sebelum ini, Sony VAIO Duo 13 membawakan rekabentuk yang lebih kemas, disamping memudahkan para pengguna untuk membuka dan menutup dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.
Dari segi spesifikasi, kini peranti ini membawakan skrin 1080p, sokongan NFC, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Haswell, kamera 8-megapixel, serta masa bertahan bateri sehingga 10 jam.
Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.