Intel Memperkenalkan Generasi Kedua Thunderbolt – Dinamakan Thunderbolt 2

Intel Memperkenalkan Generasi Kedua Thunderbolt – Dinamakan Thunderbolt 2

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Thunderbolt walaupun telah diperkenalkan melalui komputer Apple dan juga lebih 30 PC yang lain, namun ia masih tidak popular buat masa ini. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Intel untuk terus membangunkannya, dan kini turut mengumumkan Thunderbolt 2 yang membawakan beberapa kemaskini melaluinya.

Thunderbolt

Thunderbolt 2 dikatakan akan membolehkan pemindahan data sehingga 20Gbs, membawakan kelajuan dua kali ganda berbanding sebelumnya. Disamping itu, Thunderbolt 2 juga bakal membolehkan pemindahan fail video 4K dan memainkannya pada masa yang sama.

Bagi mereka yang dalam industri penyuntingan video dan sebagainya, perkara ini mungkin akan memudahkan proses penyuntingan, pemindahan dan sebagainya, sekaligus memudahkan tugasan mereka.

Thunderbolt 2 dijangka akan hadir pada beberapa peranti pada penghujung tahun ini, sebelum diperluaskan kepada lebih banyak menjelang 2014 kelak.


TIPS & ULASAN