Tablet Windows 8 Akan Menyertakan Word, Excel, PowerPoint Dan OneNote Secara Percuma

Tablet Windows 8 Akan Menyertakan Word, Excel, PowerPoint Dan OneNote Secara Percuma

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Microsoft sedia menawarkan aplikasi pejabat mereka secara percuma melalui Windows RT, dan hari ini pada Computex, gergasi perkomputeran tersebut turut sama mengumumkan mereka akan menawarkan beberapa aplikasi pejabat utama mereka secara percuma melalui tablet Windows 8 kelak.

Pengumuman ini semestinya sekaligus akan memberikan kesan positif kepada jualan tablet Windows 8 di seluruh dunia, apatah lagi mereka mendapat perisian pejabat yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia secara percuma. Walaubagaimanapun, daripada laporan awal, ia dikatakan versi percuma ini hanya akan didatangkan bersama-sama tablet Windows 8 bersaiz kecil sahaja.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan perkara ini masih tidak diketahui sepenuhnya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara BUILD hujung bulan ini.


TIPS & ULASAN