Windows RT 8.1 Bakal Menyertakan Aplikasi Outlook RT

Windows RT 8.1 Bakal Menyertakan Aplikasi Outlook RT

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

OutlookKemaskini Windows RT 8.1 akan hadir kelak pada tahun ini, dan hari ini, selain berkongsi mengenai aplikasi baru yang akan didatangkan bersama-sama tablet Windows 8 kelak, pihak Microsoft turut sama berkongsi mengatakan aplikasi Outlook akan didatangkan bersama-sama kemaskini Windows RT 8.1 kelak.

Buat masa ini, aplikasi Mail sedia terbina pada Windows RT, membolehkan para pengguna menguruskan emel dengan mudah melaluinya. Namun, semestinya bagi para pengguna Outlook, mungkin anda inginkan sesuatu aplikasi yang menawarkan lebih fungsi melaluinya.

Apa pun, maklumat penuh berkaitan dengan aplikasi Outlook ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN