Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Active – Untuk Gaya Hidup Aktif

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Active – Untuk Gaya Hidup Aktif

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Selepas pelbagai ura-ura berkaitan Samsung Galaxy S4 Active, hari ini, gergasi dari Korea Selatan tersebut memperkenalkan peranti Galaxy S4 Active secara rasmi, dan berkongsi spesifikasi penuh yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S4 Active

Samsung Galaxy S4 Active memfokuskan kepada kalis air dan debu (IP67). Perkara ini dijayakan oleh rekabentuk yang menutup pelbagai ruangan, membolehkan peranti tersebut dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit. Peranti ini turut sama didatangkan dengan sokongan audio jack yang kalis air, serta membolehkan pengguna merakamkan gambar didalam air.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S4 Active membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz dengan sokongan LTE, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean. Peranti ini turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh bersama-sama dengannya.

Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara terpilih, dan ditawarkan dalam warna kelabu, biru dan juga jingga.

Samsung Galaxy S4 Active


TIPS & ULASAN