Cari @ Amanz

DiGi masih tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan rangkaian 4G LTE daripada mereka buat masa ini. Tetapi, sebaliknya, melalui laman DiGi Store Online, ia kelihatan syarikat telekomunikasi yang sinonim dengan warna kuning ini telah pun mula menawarkan BlackBerry Z10 (LTE) kepada para pengguna tempatan.

DiGi - BBZ10 LTE

Daripada harga yang ditawarkan oleh pihak DiGi, peranti yang berharga RM2288 di Malaysia itu ditawarkan pada harga serendah RM1039 dengan langganan pakej telekomunikasi daripada pihak DiGi.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan perkara yang sama dengan BlackBerry Z10 versi tanpa-LTE, dan membawakan perbezaan harga sebanyak RM100 berbanding dengannya.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada pengguna yang mendapatkannya melalui DiGi akan dapat menikmati rangkaian LTE ataupun hanya akan mendapat liputan sekadar HSPA+ sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd