Surface Pro Akan Dijual Pada Harga Bermula RM2749 Di Malaysia

Surface Pro Akan Dijual Pada Harga Bermula RM2749 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Umum mungkin sedia maklum akan mengenai Surface Pro yang akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula hari Jumaat ini, 7 Jun. Hari ini, pihak Microsoft Malaysia telah pun berkongsi maklumat mengenai harga peranti tersebut, dimana versi 64GB akan ditawarkan pada harga RM2749, manakala versi 128GB akan ditawarkan pada harga RM3049.

Dijana menggunakan Intel Core i5Berbeza dengan Surface RT, versi Pro membawakan sokongan Windows 8 sepenuhnya, membolehkan para pengguna menggunakan fungsi desktop sepenuhnya, disamping memasang aplikasi dan perisian pihak ketiga dengan mudah.

Selain daripada itu, Surface Pro juga turut sama didatangkan bersama-sama Surface Pen, membolehkan para pengguna menggunakan stylus tersebut untuk tujuan mengambil nota, melakar dan sebagainya.

Pengguna juga turut sama boleh mendapatkan Touch Cover pada harga RM379 dan juga Type Cover pada harga RM409 dengan pembelian Surface Pro ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Surface Pro daripada Challenger Malaysia, Harvey Norman, Thunder Match dan juga SNS Network (lokasi terpilih), bermula 7 Jun ini.

TIPS & ULASAN