“Sticker” Upin dan Ipin Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Aplikasi Permesejan LINE

“Sticker” Upin dan Ipin Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Aplikasi Permesejan LINE

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Bagi para pengguna aplikasi permesejan LINE, mungkin sedia maklum akan mengenai fungsi penggunaan sticker, yang membolehkan pengguna menghantar ekspresi dalam bentuk animasi yang menarik. Terkini, selain hanya mempunyai halaman khas pada LINE, pihak Upin & Ipin turut sama mula menawarkan sticker watak animasi tersebut kepada semua.

Untuk mendapatkannya secara percuma, para pengguna terlebih dahulu perlu menambah Upin & Ipin sebagai rakan di LINE, dan boleh memuat-turunnya secara percuma.

Sebaik sahaja selesai memuat-turun, pengguna boleh mula menghantar watak-watak animasi Upin & Ipin dalam bentuk sticker kepada rakan-rakan LINE yang lain. Buat masa ini, sebanyak 16 sticker watak Upin & Ipin ditawarkan melalui aplikasi permesejan LINE.

Upin & Ipin - LINE


TIPS & ULASAN