Salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan perkhidmatan internet adalah P1. Hari ini, ia diumumkan yang mana CEO sekarang, Michael Lai akan meletakkan jawatan pada syarikat tersebut.
Sebagai ganti beliau, pengasas Green Packet, iaitu CC Puan akan mengambil-alih jawatan tersebut bermula 1 Julai 2013 kelak.
Menurut Michael Lai, beliau telah menamatkan fasa pertama P1, dan kini CC Puan akan meneruskan visi P1 dalam membawa ia ke tahap seterusnya. Dibawah Michael Lai, P1 telah menjadi antara yang terawal di Asia Tenggara untuk melancarkan rangkaian WiMax, selain turut sama menyertai beberapa badan antarabangsa, seperti Global WIMAX Forum dan sebagainya.