Cari @ Amanz

HTC One Mini

Beberapa kali kita telah mendengar HTC akan hadir dengan versi “mini” untuk telefon pintar popular mereka, HTC One. Kini, beberapa gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah peranti bersaiz kecil, dengan rekabentuk seumpama HTC One.

Mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan cip pemprosesan dwi-teras, memori sebanyak 2GB RAM< dan turut menyertakan teknologi kamera HTC UltraPixel bersama-sama dengannya. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan kepada umum. Selain peranti ini, antara yang turut diura-ura akan hadir dalam masa terdekat adalah HTC Butterfly 2. HTC One Mini

HTC One Mini

HTC One Mini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd