Cari @ Amanz

Nokia telah dikatakan akan hadir dengan telefon pintar Nokia EOS yang akan menyertakan kamera 41-megapixel bersama-sama sistem operasi Windows Phone. Kini, beberapa gambar tertiris ke arena web, dikatakan sebagai gambar peranti tersebut.

Nokia EOS Tertiris

Daripada gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan rekaan bahagian kamera yang besar, dan tertimbul sedikit pada bahagian belakang. Disamping itu, ia turut sama menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar pada peranti tersebut, salah satu fungsi yang disertakan pada kebanyakkan model baru Nokia.

Nokia EOS Tertiris

Nokia EOS Tertiris

Mengikut ura-ura awal, peranti ini dijangka akan menyertakan sensor 41-megapixel, sokongan Xenon Flash dan juga OIS. Ia dikatakan berkemungkinan pihak Nokia akan memperkenalkan telefon pintar ini seawal bulan Julai kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd