Peranti Berspesifikasi Tinggi Daripada BlackBerry – “A10” Akan Hadir Pada Bulan November

Peranti Berspesifikasi Tinggi Daripada BlackBerry – “A10” Akan Hadir Pada Bulan November

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Sehingga hari ini, tiga peranti BlackBerry 10 telah diumumkan, iaitu BlackBerry Z10, Q10 dan juga Q5. Kini, ia turut dilaporkan yang mana pihak BlackBerry bakal membawakan peranti generasi seterusnya untuk Z10, dikenali sebagai A10.

BlackBerry A10 akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya, dan dilengkapi dengan spesifikasi tinggi. Perkara ini sekaligus akan menjadikan peranti BlackBerry Z10 dan juga Q10 sedia ada sebagai peranti pertengahan daripada pihak BlackBerry.

Peranti ini dikatakan akan hadir sekitar bulan November kelak, dan membawakan rekabentuk yang lebih berkualiti, disamping turut menyertakan kemaskini sistem operasi BlackBerry 10 bersama-sama dengannya.

Walauapapun, perkara ini hanya sekadar ura-ura awal, dan berkemungkinan nama akhirnya kelak adalah berbeza.


TIPS & ULASAN