AMD Ingin Membangunkan Cip Untuk Android Dan ChromeOS

AMD Ingin Membangunkan Cip Untuk Android Dan ChromeOS

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Walaupun pada hari ini, AMD (Advanced Micro Devices) hanya memfokuskan cip pemprosesan untuk komputer berasaskan Windows, namun, melalui temuramah bersama pihak PC World, mereka berkongsi mengatakan mereka terbuka untuk merekabentuk cip mesra sistem operasi Android dan ChromeOS.

Menurut AMD, mereka berminat untuk membangunkan cip mereka untuk sesuatu projek khas, dan bukannya membangunkannya untuk kegunaan terbuka. Seperti semua sedia maklum, cip AMD sedia kuasai konsol generasi baru Xbox One dan juga PlayStation 4, serta melalui cip baru yang diperkenalkan mereka, ia akan turut sama memfokuskan kepada tablet Windows.

Seperti biasa, ia tidak diumumkan lagi bilakah pihak AMD akan hadir dengan cip yang dibangunkan untuk komputer riba ChromeOS ataupun tablet Android. Apa pun, memandangkan pihak AMD sedia bekerjasama dengan BlueStacks, maka mungkin ia agak mudah untuk pihak AMD hadir dengan cip mesra Android dalam masa terdekat.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah perkembangan dalam persaingan antara pengeluar cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN