Carian
BlackBerry Sedang Berbincang Dengan Pengeluar Dalam Menyertakan BBM Pada Peranti Mereka
June 6, 2013 Aman

BlackBerry telah sedia mengumumkan akan mengenai BBM yang akan didatangkan pada platform Android dan juga iOS. Terkini, melalui temuramah bersama pihak CNet, pihak BlackBerry mengatakan mereka sedang berbincang dengan beberapa pengeluar telefon pintar, untuk menyertakan aplikasi BBM pada peranti mereka.

BBM - Android dan iOS

Untuk makluman, BBM (BlackBerry Messenger) kini mempunyai lebih kurang 61 juta pengguna aktif seluruh dunia. Walaubagaimanapun, berbanding beberapa pesaing terdekat, angka tersebut masih lagi jauh.

Namun, memandangkan BBM popular di beberapa buah negara, beberapa pengeluar kelihatan berminat untuk menyertakannya pada peranti mereka, dan dikatakan dalam perbincangan bersama pihak BlackBerry.

Walaubagaimanapun, nama pengeluar tidak dikongsikan oleh pihak BlackBerry buat masa ini.

Komen