Pihak BlackBerry Akan Hadir Dengan BlackBerry Z5 – Memfokuskan Negara Membangun?

Pihak BlackBerry Akan Hadir Dengan BlackBerry Z5 – Memfokuskan Negara Membangun?

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Selain daripada fokus kepada peranti dengan spesifikasi tinggi, nampaknya, pihak BlackBerry juga turut sama akan hadir dengan beberapa peranti khas untuk negara-negara membangun. Selepas mengumumkan BlackBerry Q5 sebelum ini, kini sebuah gambar baru tertiris, dikatakan sebagai BlackBerry Z5.

BlackBerry Z5

Seperti pada namanya, ia adalah telefon pintar BlackBerry yang membawakan skrin sentuh sepenuhnya, tetapi memfokuskan kepada peranti yang berharga lebih murah berbanding dengan Z10.

Buat masa ini, apakah spesifikasi dan sebagainya tidak diketahui. Mengikut spekulasi awal, berkemungkinan ia akan menyertakan skrin bersaiz 4.2-inci dengan resolusi 768×1280 pixel. Spesifikasi lain masih tidak diketahui, termasuk tarikh pelancarannya.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui berkenaan kesahihan gambar ini. Pihak BlackBerry telah mengatakan akan hadir dengan sekurang-kurangnya 6 telefon pintar BlackBerry 10 pada tahun ini. Memandangkan kita hanya telah melihat 3 sahaja secara rasmi buat masa ini, mungkinkah ia benar?


TIPS & ULASAN