Google Menawarkan Aplikasi Google Keyboard Untuk Pengguna Android

Google Menawarkan Aplikasi Google Keyboard Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Google sedia menawarkan beberapa aplikasi utama mereka melalui Google Play Store, dan terkini, pihak Google turut sama menambah aplikasi “papan kekunci” Android ke Play Store, memudahkan pengguna yang meminatinya memuat-turun pada peranti mereka.

Google Keyboard

Dengan pengenalan aplikasi ini secara berasingan di Google Play Store, ia sekaligus akan memudahkan proses kemaskini oleh Google, disamping membolehkan pengguna yang menggunakan peranti dengan antaramuka khas lain, turut memuat-turun dan menggunakannya.

Seperti biasa, ia membawakan sokongan , kebolehan cadangan perkataan, penggunaan input suara, dan juga penggunaan gesture.

Bagi anda yang menggunakan Android 4.0 dan terkini, boleh memuat-turun aplikasi ini dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Google Keyboard untuk Android


TIPS & ULASAN