SD Association Mengumumkan Sokongan Penambahan NFC Pada Kad-SD

SD Association Mengumumkan Sokongan Penambahan NFC Pada Kad-SD

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

SD Association, badan yang memantau piawaian kad-SD pada hari ini telah mengumumkan spesifikasi baru yang membolehkan pengeluar menambah sokongan NFC melalui protokol SWP (Single Wire Protocol), sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara menggunakannya.

SmartSD NFC

Dengan menambah sokongan NFC pada kad-SD, ia kelak akan memudahkan pengguna untuk membuat beberapa perkara, termasuk membuat pembayaran, ataupun mengesahkan identiti dan juga menggunakannya sebagai kad ganjaran.

Pengenalan fungsi ini juga akan membolehkan syarikat dan organisasi dalam menawarkan perkhidmatan mereka dengan mudah, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan berasaskan NFC mereka, tanpa mengira talian telekomunikasi, jenis peranti dan sebagainya.

Perkara ini juga akan memudahkan pengguna yang sering bertukar peranti dan sebagainya, untuk kekal menggunakan sesuatu perkhidmatan, tanpa perlu menetapkan ia semula.


TIPS & ULASAN