EA Berkongsi Video Permainan FIFA 14

EA Berkongsi Video Permainan FIFA 14

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Setelah pihak Konami berkongsi beberapa paparan skrin permainan PES 2014 sebelum ini, kini pihak Electronic Arts pula hadir dengan video permainan untuk FIFA 14 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Permainan simulasi bola sepak ini akan dijana menggunakan enjin Ignite yang baru, dimana ia menekankan fokus kepada bentuk permainan dan gerakan bola sepak dan juga pemain.

FIFA 14 dijadualkan untuk pelancaran penghujung September kelak, dan akan hadir untuk PC, PlayStation 3, dan juga Xbox 360.


TIPS & ULASAN