Instagram Untuk Windows Phone Mungkin Akan Hadir Pada Penghujung Bulan Ini?

Instagram Untuk Windows Phone Mungkin Akan Hadir Pada Penghujung Bulan Ini?

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Aplikasi Instagram adalah salah satu aplikasi yang dinantikan ramai pengguna Windows Phone, dan mengikut beberapa laporan terkini, aplikasi ini dikatakan akan hadir pada 26 Jun ini untuk platform Windows Phone.

Instagram WP

Ketika pelancaran, aplikasi ini dijangka akan hadir sebagai eksklusif untuk Nokia, dan tidak diketahui berapa lamakah sebelum aplikasi tersebut turut ditawarkan untuk peranti Windows Phone lain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran ini boleh dikatakan sekadar laporan awal, dan masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya kesahihan tersebut. Apa pun, terdapat beberapa aplikasi berbentuk klien Instagram yang telah pun sedia ditawarkan di Windows Phone Store, dan salah satu yang popular adalah Instance.


TIPS & ULASAN