Pada minggu hadapan, acara tahunan memfokuskan permainan video, iaitu E3 akan diadakan, dan kini pihak Sony telah pun hadir dengan video promosi awal, serta menjanjikan mereka bakal menayangkannya secara langsung melalui beberapa laman.
Daripada video promosi yang dimuat-naik oleh Sony, mereka mengatakan beberapa permainan akan diperlihatkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation 3 dan juga PS Vita, dimana antaranya adalah Gran Turismo 6, The Last of Us, Killzone : Shadow Fall, Destiny, dan banyak lagi.
Pada acara yang sama juga, pihak Sony dijangka akan berkongsi lebih banyak perkara berkaitan dengan konsol PlayStation 4 mereka.