Windows 8.1 Akan Menawarkan Lebih Ruangan Storan Untuk Para Pengguna

Windows 8.1 Akan Menawarkan Lebih Ruangan Storan Untuk Para Pengguna

Diterbitkan pada June 6, 2013 oleh .

Seperti semua sedia maklum, sistem operasi Windows mengambil sejumlah besar ruangan pada cakera keras komputer, dan dengan lebih banyak peranti berbentuk hibrid dan tablet hadir, pihak Microsoft turut sama memberikan perhatian kepada penggunaan ruangan storan melalui Windows 8.1.

Daripada apa yang dikongsikan Microsoft, mereka sedang berusaha untuk membuang pelbagai komponen yang tidak digunakan, fail sementara, serta menambah-baik penggunaan NTFS dalam memberikan lebih ruangan untuk para pengguna.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, untuk tujuan pemasangan Windows 8.1 Preview, pengguna akan diperlukan mempunyai sekurang-kurangan 4GB untuk tujuan pemasangan.

Windows 8.1 Preview akan ditawarkan kepada pengguna seluruh dunia pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN