Aplikasi Bing Translator Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Windows 8

Aplikasi Bing Translator Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Windows 8

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Microsoft hari ini menambah tawaran aplikasi yang dioptimasikan untuk Windows 8, dimana melancarkan aplikasi Bing Translator, sekaligus memudahkan proses terjemahan yang melibatkan lebih 40 bahasa berbeza.

Bing Translator

Menggunakan aplikasi tersebut, para pengguna boleh menterjemah pelbagai perkara, daripada teks, sehinggalah kepada imbasan gambar dan sebagainya. Sokongan offline juga turut disertakan, membolehkan para pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun tanpa sokongan internet.

Bagi para pengguna Windows 8 atau Windows RT yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Store hari ini, dan memudahkan lagi proses terjemahan menggunakan komputer anda.

Muat-Turun Bing Translator Untuk Windows 8


TIPS & ULASAN