Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan Windows 8.1, mungkin sedia maklum akan mengenai butang Start yang hadir kembali ke bahagian desktop, membolehkan para pengguna klik padanya, dan akses skrin Start dengan pantas.

Ramai pengguna sebelum ini telah meminta untuk pihak Microsoft mengembalikan butang Start ke Windows 8, dan nampaknya melalui Windows 8.1, pihak Microsoft menawarkannya kembali, tetapi berbanding dengan menu yang biasa diperlihatkan, kini ia membawa pengguna ke bahagian skrin Start yang berasaskan Metro.

Untuk ramai pengguna Windows 8 sedia ada, mungkin mereka sudah biasa menggunakan sistem operasi Microsoft tersebut tanpa sebarang butang Start, dimana selepas beberapa ketika, ia tidak lagi begitu janggal untuk digunakan.

Apa pun, apa pendapat anda berkenaan dengan kembalinya butang Start ke Windows 8.1? Adakah sepatutnya pihak Microsoft kekal dengan pendirian mereka untuk membuangnya, ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd