Carian
Paparan Skrin Awal Untuk Outlook 2013 RT Diperlihatkan
June 7, 2013 Aman

Pada Computex awal minggu ini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Microsoft adalah berkaitan dengan Outlook RT yang akan hadir bersama-sama kemaskini Windows 8.1 kelak. Dan kini, satu paparan skrin hadir memperlihatkan rekabentuk awal aplikasi berkenaan.

Outlook 2013 RT

Daripada apa yang diperlihatkan, ia kelihatan amat kemas, dan dioptimasikan untuk skrin sentuh, serta membawakan paparan yang menyerupai Outlook 2013 pada x86.

Buat masa ini, apakah yang akan dibawakan sepenuhnya oleh aplikasi berkenaan tidak dikongsikan dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya dalam masa terdekat.

Outlook 2013 RT

Namun, salah satu perkara yang turut sama dikongsikan oleh WinSuperSite adalah dimana fail pemasangan yang diterima mereka turut hadir dengan pelbagai aplikasi Office 2013 berasaskan ARM, termasuk antaranya adalah Publisher, Access, InfoPath, dan termasuk SkyDrive Pro.

Pihak Microsoft dijangka akan memperkenalkan Outlook 2013 RT ini pada 26 Jun kelak bersama-sama Windows 8.1 Preview. Mungkinkah kita akan melihat semua aplikasi pejabat ini diperkenalkan bersama pada tarikh tersebut?

Komen