Cari @ Amanz

Evernote RemindersEvernote Reminders telah diperkenalkan untuk para pengguna iOS sebelum ini, dan hari ini sokongan serupa turut sama diperkenalkan kepada para pengguna Android, sekaligus memudahkan mereka menambah peringatan pada aplikasi Evernote.

Dengan Evernote Reminders, ia membolehkan anda menambah nota dan menetapkan tarikh untuk ia mengingatkan anda kembali. Sebaik sahaja menghampiri tarikh yang ditetapkan, sebuah notifikasi akan dipaparkan, untuk memastikan anda telah melaksanakan dan menyiapkan sesuatu perkara.

Perkara ini sekaligus memudahkan anda menguruskan tugasan kerja dan sebagainya, sekaligus memudahkan anda menyiapkan sesuatu sebelum tarikh akhir untuknya tiba.

Bagi para pengguna Android, boleh memuat-turun Evernote 5.1 dan menggunakan fungsi ini. Fungsi serupa juga turut ditawarkan melalui iOS dan juga versi web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd