Nokia Chat Beta Kini Turut Menyertakan Sokongan NFC

Nokia Chat Beta Kini Turut Menyertakan Sokongan NFC

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Nokia Chat telah diperkenalkan untuk para pengguna tempatan pada awal bulan lepas, dan kini pihak Nokia terus membawakan peningkatan dan penambah-baikkan pada aplikasi permesejan mereka, yang turut dikuasakan oleh Yahoo!.

Melalui Nokia Chat 1.1 Beta, kini ia turut menyertakan sokongan NFC, membolehkan anda menambah rakan dengan hanya tap para peranti mereka. Perkara ini, sekaligus memudahkan anda untuk menambah rakan, tanpa perlu membuat carian seperti sebelum ini.

Selain itu, dikalangan pengguna peranti Lumia, mereka juga kini akan melihat paparan peta kecil apabila pengguna berkongsi lokasi. Nokia turut mengatakan beberapa perkara lain yang turut disertakan adalah kemaskini kecil pada aplikasi, membolehkan ia berfungsi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Nokia Chat Beta

Muat-Turun Nokia Chat untuk Lumia


TIPS & ULASAN