Gameloft Hadir Dengan Video Trailer Untuk Permainan Modern Combat 5

Gameloft Hadir Dengan Video Trailer Untuk Permainan Modern Combat 5

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Modern Combat 5Dengan E3 yang menjelang tiba pada minggu hadapan, pelbagai permainan akan diperlihatkan, bukan sahaja untuk konsol, tetapi juga untuk peranti mudah-alih. Salah satu daripadanya adalah Gameloft yang akan mempertontonkan permainan Modern Combat 5 mereka.

Modern Combat merupakan siri tembak-menembak FPS daripada Gameloft yang dioptimasikan untuk telefon pintar dan juga tablet. Daripada video baru yang diterbitkan Gameloft, permainan ini dijangka akan ditawarkan untuk iPhone, iPad dan juga Android.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak info berkenaan dengan permainan ini pada E3 minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN