Flash Drive Berasaskan Thunderbolt Diperlihatkan Intel

Flash Drive Berasaskan Thunderbolt Diperlihatkan Intel

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Pada hari ini, ramai yang selesa menggunakan flash-drive berasaskan kepada USB. Namun, ia mungkin akan berubah tidak lama lagi, apabila pihak Intel, selain mengumumkan mengenai Thunderbolt 2, mereka turut sama memperlihatkan sebuah peranti flash-drive berasaskan teknologi Thunderbolt.

Flash-Drive Thunderbolt

Ia merupakan flash-drive pertama berasaskan Thunderbolt yang diperlihatkan oleh Intel, membolehkan pengguna memindahkan data pada kelajuan sehingga 10Gbps, yang mana jauh lebih pantas daripada USB 3.0.

Buat masa ini, ia hanya sekadar rekaan konsep awal, dan ia dikatakan terdapat beberapa minat daripada pengeluar untuk menghasilkan produk tersebut.

Jadi, mungkinkah kelak kita akan lebih aktif menggunakan Thunderbolt berbanding USB?


TIPS & ULASAN