Lenovo Akan Turut Sama Hadir Dengan Tablet 8-inci Berasaskan Windows 8

Lenovo Akan Turut Sama Hadir Dengan Tablet 8-inci Berasaskan Windows 8

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Selain daripada pihak Acer yang sedia memperkenalkan Acer Iconia W3 – tablet pertama Windows 8 bersaiz 8.1-inci, kini pihak Lenovo turut disahkan akan hadir dengan tablet Windows pada saiz lebih kurang sama, dikenali sebagai Mix 8.

Lenovo mix 8

Lenovo mix 8

Spesifikasi penuh tablet ini masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, dari pada gambar tablet yang diperlihatkan di Computex, peranti tersebut kelihatan menyertakan butang Windows khas. Lenovo Mix 8 ini juga dikatakan akan menyertakan sokongan 3G dan turut didatangkan dengan pena khas.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah tablet Lenovo ini akan diumumkan secara rasmi. Dengan Lenovo dan Acer mengeluarkan tablet Windows bersaiz kecil, mungkin kita akan melihat lebih banyak tablet seumpamanya hadir dalam masa terdekat kelak.


TIPS & ULASAN