Xperia Z Edisi “Nexus” Turut Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Xperia Z Edisi “Nexus” Turut Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Selepas Galaxy S4 dan juga HTC One telah diumumkan akan hadir dengan pilihan versi “Nexus”, kini ia dilaporkan pihak Sony turut sama akan menyertainya, dan menawarkan Xperia Z dengan antaramuka asas dan sokongan terus daripada pihak Google.

Seperti biasa, peranti tersebut akan ditawarkan melalui Google Play Store, sekaligus akan membuatkan peranti tersebut hanya terhad kepada beberapa buah negara, sementara pihak Sony akan terus menawarkan Xperia Z dengan antaramuka khas mereka di pasaran seluruh dunia.

Xperia Z telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dimana rekaan industrinya menerima pujian ramai, selain turut membawakan peranti yang kalis air dan debu.

Pihak Sony sendiri sebelum ini telah mengeluarkan perisian AOSP untuk Xperia Z, membolehkan para pengguna yang berminat menggunakannya pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN