(Ura-Ura) Phablet Sony Akan Dikenali Sebagai Xperia ZU?

(Ura-Ura) Phablet Sony Akan Dikenali Sebagai Xperia ZU?

Diterbitkan pada June 7, 2013 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, salah satu ura-ura yang kedengaran adalah dimana Sony akan hadir dengan sebuah phablet yang dikenali sebagai “Togari” pada ketika itu. Kini, mengikut laporan terbaru, peranti ini mungkin akan dikenali sebagai Xperia ZU, dan berkemungkinan akan dijana menggunakan cip Snapdragon 800.

Mengikut pelbagai laporan sebelum ini, ia peranti Xperia ZU / “Togari” ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 6.44-inci, serta membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Pelbagai fungsi tambahan daripada Sony juga dijangka akan ditambah padanya, termasuk rekaan ikonik untuk butang kuasa.

Pada masa yang sama, Sony juga turut dijadualkan untuk mengadakan sebuah acara khas pada penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini pada acara pelancaran tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN