Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Zoom Tertiris Ke Web

Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Zoom Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada June 8, 2013 oleh .

Galaxy S4 Zoom

Samsung telah pun sedia memperkenalkan Galaxy S4 Active pada minggu ini, dan kini gambar satu lagi peranti yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S4 Zoom tertiris ke web, memperlihatkan bagaimanakah kelak peranti tersebut akan kelihatan.

Seperti telah dilaporkan beberapa kali sebelum ini, Galaxy S4 Zoom akan memfokuskan kepada bahagian kamera, dan menyertakan kamera 16-megapixel dengan sokongan zoom optikal pada peranti berkenaan.

Selain itu, peranti ini juga dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD dan dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, serta dilengkapi ssitem operasi Android 4.2.2.


TIPS & ULASAN