Lagi Gambar Peranti Huawei Ascend P6 Tertiris Ke Web

Lagi Gambar Peranti Huawei Ascend P6 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada June 8, 2013 oleh .

Huawei dijangka akan mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru mereka pada bulan ini, dan kini, beberapa gambar baru untuk peranti yang dikenali sebagai Ascend P6 tertiris, memperlihatkan rekaan peranti tersebut.

Huawei Ascend P6

Peranti ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz K3V2, dan dilengkapi dengan memori 2GB RAM.

Selain itu, peranti ini juga dikatakan akan membawakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, serta dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini apabila ia diumumkan pada bulan ini kelak.

Huawei Ascend P6


TIPS & ULASAN