Skype 6.5 Kini Ditawarkan Untuk Para Pengguna Desktop

Skype 6.5 Kini Ditawarkan Untuk Para Pengguna Desktop

Diterbitkan pada June 8, 2013 oleh .

Skype sebelum ini telah membawakan sokongan permesejan video pada versi desktop mereka, dan kini Microsoft terus menambah-baik sokongan tersebut pada versi terbaru mereka – Skype 6.5.

Skype 6.5 kini ditawarkan kepada para pengguna Windows dan juga Mac, menawarkan beberapa penambah-baikkan, selain kini memudahkan pengguna untuk menerima permintaan rakan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Untuk versi Mac pula, Skype membawakan sokongan yang lebih mudah untuk membuat panggilan, dimana pengguna boleh paste nombor telefon terus ke dial-pad, berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna Skype pada desktop, anda boleh mengemaskini perisian Skype anda dan menikmati kemaskini yang dibawakan olehnya.

Muat-Turun Skype untuk Desktop


TIPS & ULASAN