Carian
Paparan Skrin Versi Windows Phone Akan Datang Diperlihatkan – Menyertakan Notification Center
June 8, 2013 Aman

Hari ini, beberapa paparan skrin untuk versi Windows Phone akan datang yang mana masih dalam fasa pembangunan tertiris, memperlihatkan beberapa perkara yang akan dibawakan olehnya. Salah satu perkara yang semestinya menarik perhatian ramai adalah sokongan Notification Center.

Windows Phone Blue

Windows Phone Blue

Daripada apa yang diperlihatkan pada angka versi Windows Phone pada peranti tersebut, ia kelihatan telah dibangunkan pada bulan Mei lepas, dan semestinya dengan lebih satu bulan berlalu, pelbagai perkara lain telah disertakan bersama-sama dengannya.

Selain sokongan Notification Center, ia turut kini membawakan beberapa perkara baru, termasuk kebolehan untuk memadamkan aplikasi terus daripada paparan multi-tasking, kebolehan untuk melihat aplikasi berdasarkan kepada penggunaan dan beberapa perubahan pada bahagian kalendar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Microsoft akan berkongsi mengenai kemaskini Windows Phone mereka. Mungkin kita akan mendengar lebih mengenainya dalam beberapa minggu lagi.

Komen