Aplikasi SoundHound Sedia Ditawarkan Untuk Pengguna BlackBerry 10

Diterbitkan pada Jun 8, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SoundHound sedia ditawarkan untuk beberapa platform, dan terkini ia turut hadir ke BlackBerry 10 dalam bentuk aplikasi natif, membolehkan para pengguna untuk mengenal-pasti sesebuah lagu dan muzik dengan mudah.

SoundHound

Seperti biasa, ia ditawarkan secara percuma kepada para pengguna seluruh dunia. Pengguna juga turut sama boleh melihat lirik sesuatu lagu terus pada aplikasi tersebut sebaik sahaja mereka menemui lagu yang dicari.

Integrasi YouTube turut disertakan, memudahkan para pengguna untuk terus menontonnya di YouTube, tanpa perlu membuang masa untuk menyalin ke aplikasi YouTube dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi SoundHound secara percuma daripada BlackBerry World, dan menggunakannya dalam menemui lagu-lagu yang digemari anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami