Carian
Adakah Promosi Melalui Aplikasi Permesejan Akan Menjadi Popular Di Rantau Ini?
June 9, 2013 Aman

Ramai penjual dan syarikat telah sedia menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya untuk berkongsi beberapa promosi daripada mereka dan sebagainya. Namun, kadang-kala, dengan dunia bergerak pantas, ramai yang terlepas pandang sesuatu perkara, menjadikan para penjual dan syarikat yang menggunakan medium tersebut mungkin kehilangan beberapa pelanggan dan pembeli berpotensi.

Untuk mengatasi perkara tersebut, salah satu trend semasa yang menjadi pilihan beberapa syarikat dan organisasi akhir-akhir ini adalah penggunaan aplikasi permesejan dalam berhubung dan berkongsi pelbagai tawaran harian bersama-sama pengguna mereka.

WeChat mempunyai sekitar 8 juta pengguna di Malaysia?Beberapa medium digunakan, dan diantaranya adalah LINE dan juga KakaoTalk. Kedua-duanya telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia, apatah lagi pihak Kakao bekerjasama dengan pihak Friendster untuk memasarkan Kakao Malaysia.

Daripada pemantauan kami, pihak Rakuten Malaysia telah sedia menggunakan LINE, manakala pihak Groupon Malaysia dan juga Zalora Malaysia, masing-masing menggunakan KakaoTalk.

Melaluinya, apabila terdapat sebarang promosi, dan mesej dikongsikan oleh mereka, ia akan segera dipaparkan terus pada peranti mudah-alih pengguna yang menggunakannya dan mengikuti akaun mereka.

Groupon - Kakao

Walaubagaimanapun, buat masa ini, kelihatan sokongan ini dibuka kepada syarikat dan organisasi besar sahaja, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Ini boleh dikatakan sebagai salah satu permulaan, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak syarikat yang menyertai arena pemasaran melalui aplikasi permesejan dari hari ke hari, apatah lagi dengan WeChat, KakaoTalk dan juga LINE mula mempromosikan perkhidmatan mereka dengan lebih serius di rantau ini.

Jadi, apa kata anda?

Komen