Cari @ Amanz

WWDC 2013 merupakan salah satu acara tahunan yang dinantikan ramai pengemar teknologi, apatah lagi dengan pihak Apple yang senyap sejak awal tahun ini tanpa sebarang pengumuman besar.

WWDC 2013 - 7

Seperti biasa, dengan acara yang akan diadakan dalam tempoh kurang dua hari lagi, pihak Apple telah pun mula bersedia dengan menaikkan banner-banner untuk acara berkenaan di Moscone Center, San Francisco.

Daripada apa yang dapat dilihat, bahan promosi Apple memperlihatkan kain rentang dengan angka “7” dinaikkan, menandakan iOS 7 akan diumumkan pada acara tersebut. Rekaan yang minimalistik turut digunakan oleh pihak Apple pada rekaan kain rentang mereka.

WWDC 2013 - X

Selain daripada “7”, beberapa kain rentang turut sama memperlihatkan huruf “X”, yang mana berkemungkinan merujuk kepada sistem operasi mereka, OS X. Selain iOS7, ramai pengguna turut sama menantikan apakah yang akan diumumkan oleh Apple berkenaan dengan OS X 10.9 kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Apple pada awal pagi Selasa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd