LG Malaysia Mula Menawarkan Pencetak Gambar Mudah-Alih – Pocket Photo

Diterbitkan pada Jun 9, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG telah memperkenalkan LG Pocket Photo pada tahun lepas, dan kini nampaknya pencetak gambar mudah-alih tersebut telah pun mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga jualan saranan RM399.

Untuk menggunakannya, pencetak mudah-alih ini dihubungkan kepada telefon pintar anda menerusi sokongan Bluetooth, dan seterusnya, para pengguna boleh membuat cetakan terus melaluinya. Untuk menjayakannya, para pengguna diperlukan untuk menggunakan sebuah aplikasi khas yang ditawarkan untuk para pengguna Android.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan LG Pocket Photo ini daripada para pengedar tempatan pada harga jualan saranan RM399.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami