Cari @ Amanz

Google - WazePada bulan lepas, kita telah mendengar ura-ura mengenai Google yang berminat mengambil-alih Waze. Terkini, ia dilaporkan, Google semakin menghampiri proses tersebut, dimana harga pengambil-alihan dilaporkan sekitar $1.3 bilion (~RM4 bilion).

Seperti semua sedia maklum, Waze merupakan aplikasi navigasi sosial, menawarkan bukan sahaja laluan untuk sesuatu lokasi, tetapi turut sama memperlihatkan keadaan semasa, seperti keadaan lalu-lintas, ataupun sekiranya terdapat sebarang kemalangan dan sebagainya.

Selain Google, antara syarikat yang dikatakan berminat dengan perkhidmatan Waze adalah termasuk Facebook dan juga Apple.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pihak Google dan juga Waze tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Namun, sekiranya perkara ini benar, mungkin kita akan melihat pengumuman daripada kedua-dua syarikat ini dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd