Cari @ Amanz

Terdapat beberapa kaeadah untuk pengguna belajar menaip hari ini, dan bagi para pengguna Linux, salah satu aplikasi dan perisian yang memudahkan pembelajaran menaip adalah GNU Typist.

GNU Typist menawarkan pembelajaran dalam beberapa bahasa, dan semestinya yang utama adalah English. Sokongan bahasa Malaysia masih tiada buat masa ini, namun ia mungkin tidak memberikan anda sebarang masalah memandangkan ia lebih kepada mempelajari cara menaip dengan pantas dan tepat menggunakan komputer anda.

Untuk memasangnya, para pengguna Ubuntu Linux boleh memulakan terminal dan menaip :

  • Info
  • sudo apt-get install gtypist

Pemasangan akan dilakukan dalam masa kurang lima minit (bergantung kepada kelajuan internet), dan seterusnya para pengguna boleh mula menggunakannya dengan hanya menaip gtypist pada Terminal.

GNU Typist - Linux

Terdapat beberapa siri pembelajaran disediakan oleh GNU Typist, dimana dimulakan dengan kedudukan sesuatu huruf pada papan kekunci, sebelum ia dilanjutkan kepada pembinaan perkataan dan sebagainya.

Setiap kesalahan menaip juga turut diperlihatkan, disamping pada akhir pembelajaran sesuatu bahagian, ia memperlihatkan kelajuan menaip anda, serta kadar kesalahan anda menaip.

GNU Typist Linux

Bagi mereka yang ingin berminat, boleh mencubanya pada komputer Ubuntu Linux anda hari ini. Selain Linux, GNU Typist turut sama ditawarkan untuk para pengguna Windows.

GNU Typist

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd