Video Trailer Permainan Watch Dogs Tertiris Ke Web

Video Trailer Permainan Watch Dogs Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Selain daripada GTA V, salah satu permainan baru yang dinantikan ramai untuk tahun ini adalah Watch Dogs daripada pihak Ubisoft. Dengan acara E3 yang akan diadakan sepanjang minggu ini, pihak Ubisoft bakal berkongsi lebih maklumat berkaitan dengannya, tetapi seperti biasa, beberapa perkara tertiris jauh sebelum itu, termasuk video trailer terbaru permainan tersebut.

Seperti semua sedia maklum, melalui video yang tertiris ini, ia memperlihatkan pelbagai babak mengodam ketika melakukan sesuatu misi, disamping beberapa babak lawan dan tembak-menembak.

Watch Dogs merupakan salah satu permainan aksi yang mengambil latar “dunia-terbuka”, dimana melaluinya pemain akan mengodam pelbagai peralatan elektronik dalam mendapatkan maklumat ataupun menggunakannya dalam melaksanakan sesuatu misi.

Watch Dogs akan hadir ke PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360 dan juga Xbox One sekitar November kelak.


TIPS & ULASAN