Gambaran Awal iOS 7 Diperlihatkan

Gambaran Awal iOS 7 Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Gambaran iOS7Sejak beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar pelbagai perkara berkaitan dengan iOS 7 yang akan diumumkan oleh Apple dalam masa lebih kurang 12 jam lagi. Sementara menantikannya, kini pihak 9To5Mac berkongsi beberapa gambaran awal untuk iOS 7 yang akan diumumkan kelak.

Daripada apa yang dikongsikan, pihak 9To5Mac mengatakan mereka telah dapat melihat secara ringkas versi beta awal untuk iOS 7, yang mana membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka dan penggunaan ikon padanya.

Perubahan dibawakan pada bahagian ikon, dimana kini ikon iTunes dikatakan berwarna lebih kurang ungu dan putih, ikon Maps yang memperlihatkan lokasi lain, ikon GameCenter baru dan beberapa perubahan yang lain.

9To5Mac turut mengatakan perubahan turut hadir pada bahagian papan kekunci, dimana ia berubah mengikut mod, sama ada hitam atau putih. Bahagian peta turut diberikan perhatian oleh pihak Apple. Selain itu, sokongan perkongsian untuk Flickr dan Vimeo juga turut dikatakan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN