Lenovo Windows 8
IdeaPad Z400 RM1599
IdeaPad Z500 RM2399
IdeaPad U410 RM2699
IdeaPad S400 RM2199
IdeaPad Yoga 11S RM2599
IdeaCentre C440 RM2099

Lenovo sedia menawarkan beberapa komputer riba berasaskan Windows 8 untuk pasaran tempatan, dan terkini, mereka turut sama menambah dengan memperkenalkan beberapa komputer riba terbaru bersama-sama dengan komputer semua-dalam-satu mereka, IdeaCentre C440 Touch Series.

Antara komputer riba yang diumumkan oleh pihak Lenovo adalah termasuk siri-Z yang terbaru, iaitu Z400 dan juga Z500 yang membawakan sokongan skrin sentuh, IdeaPad S400 Touch, dan juga IdeaPad Yoga 11S. Selain itu, IdeaPad U410 juga turut ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Komputer Riba Lenovo

Seperti semua sedia maklum, semuanya dijana menggunakan sistem operasi Windows 8, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Lenovo Malaysia bermula bulan ini.

TIPS & ULASAN