Cari @ Amanz

Kami pernah berkongsi mengenai Square.my sebelum ini, dan nampaknya, kini perkhidmatan tersebut telah sedia untuk dicuba oleh ramai pengguna umum, memudahkan mereka melakukan proses jual-beli pada platform Facebook.

Seperti semua sedia maklum, jual-beli melalui blogshop adalah amat popular di Malaysia. Dan kini, dengan lebih ramai menghabiskan masa di Facebook, Square.my membolehkan para pengguna menggunakan platform tersebut dalam melakukan urusan jual-beli.

Daripada apa yang dilihatkan di laman Square.my, beberapa platform pembayaran turut disediakan pada perkhidmatan mereka, termasuk antaranya adalah PayPal dan juga MOLPay. Walaubagaimanapun, memandangkan ia turut memfokuskan kepada ramai pengguna tempatan, maka pilihan pembayaran melalui transaksi tunai turut sama disertakan pada perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, perkhidmatan Square.my masih pada peringkat beta, dan ia ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna. Bagi mereka yang memiliki kedai atas-talian, mungkin boleh mencubanya sendiri hari ini, sekaligus meluaskan tawaran anda pada pelbagai platform berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd