Samsung Mengumumkan Galaxy Ace 3 Dengan Pilihan Sokongan LTE

Samsung Mengumumkan Galaxy Ace 3 Dengan Pilihan Sokongan LTE

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Samsung hari ini terus menambah peranti dibawah keluarga Galaxy mereka, dimana terkini adalah telefon pintar dengan spesifikasi asas daripada Samsung, iaitu Galaxy Ace 3.

Galaxy Ace 3

Samsung Galaxy Ace 3 membawakan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan 480×800 pixel, kamera belakang 5-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, dan dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean. Fungsi-fungsi popular Samsung, seperti S-Voice, Easy Mode, Smart Stay dan beberapa yang lain turut disertakan bersama-sama dengan peranti ini.

Samsung mengatakan peranti ini akan ditawarkan dalam dua variasi, iaitu LTE dan juga 3G, bergantung kepada pasaran.

Harga jualannya, dan tarikh pelancaran di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

TIPS & ULASAN

<script>